HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL MYSELF

IKLAN

Wednesday, 25 June 2014

HOME


Dengan penuh rasa cinta dan perasaan kasih sayang, blog ini kami wujudkan untuk menyingkap segala kisah cinta teragung dan terhebat dari dulu hingga sekarang. Mengapa tema cinta dan kasih sayang? Kerana 2 elemen penting ini merupakan nadi pelengkap dalam kehidupan setiap insan di dunia. 

Cinta dan kasih sayang adalah perasaan unik yang suci dan lahir dengan penuh ketulusan dari hati nurani yang ikhlas. Ia lahir secara semulajadi tanpa paksaan, tanpa gesaan mahupun ganjaran.

Banyak takrifan cinta dan kasih sayang yang sejati. Ia bukan hanya perasaan antara sesama insan, malah cinta dan kasih juga lebih dari itu. 

Cinta dan kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih atau suami isteri tetapi juga perasaan istimewa dari konsep ketuhanan, kasih sayang pada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan mahupun unsur alam semulajadi seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Kami cuba membawa pengertian kasih sayang dalam erti kata sebenar. Segala coretan di sini wujud dari rasa kasih sayang kami untuk berkongsi dengan anda.

Dengan cinta dan kasih sayang jugalah, sebuah mahligai perkahwinan mampu dibina. Untuk berkongsi segala rasa gembira atas pautan kasih sayang anda, kami juga memberi kemudahan untuk anda memilih pakej-pakej menarik yang ditawarkan bagi menghadapi hari bahagia anda. 

Tiada paksaan, hanya sekadar memberi alternatif dan bantuan untuk memilih yang terbaik kerana kami amat menyokong gerbang perkahwinan mana-mana pasangan di dunia.

Selain itu, kami amat berharap agar pengisian kisah cinta dalam MYLOVESTORY dapat dijadikan pengajaran dan iktibar dalam menyulam perasaan kasih sayang sesama kita. Semoga segala paparan kami membawa manfaat dalam kehidupan seharian kita.

Akhir kata, salam penuh kasih sayang dari kami di sini buat anda semua.
'CINTA, KASIH DAN SAYANG ADALAH ANUGERAH TERINDAH DALAM KEHIDUPAN'



Oleh;
CintaKasih PMS

No comments:

Post a Comment

SHARE SEKARANG